Isnin, 6 April 2009

Scha diejek miliki 'suara jantan'






SELAMBA! Itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan karektor sebenar empunya diri Sharifah Norazean atau lebih senang disapa de ngan nama glamornya, Scha.

Penampilan 'tak control cun' memperlihatkan dirinya yang sebenar dan tidak keterlaluan mengatakan dia memang jujur apabila berlakon. Keunikan dimiliki anak saudara kepada Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini tentu pada suaranya yang 'besar' dan kasar, jauh berbeza dengan wajah comelnya.

Disebabkan karakter Scha kelihatan seperti 'boyish', tuah menyebelahi dirinya. Justeru, penampilan pertamanya di layar perakmenerusi Antoo Fighter: Amukan Drakulat mendapat perhatian pengarah filemitu, Azizi Chunk Adnan.

Meskipun dia memiliki suara garau seperti lelaki tetapi pelakon cantik ini tidak mahu dirinya dianggap sebagai pengkid, malah sifatnya bukan seperti lelaki sama ada dari segi fizikal mahupun naluri.

"Sebelummengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter 'boyish' dan suara yang 'besar' ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya 'boyish' kerana suara yang 'besar', tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminin sepenuhnya dan 'straight'!

"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kelebihan (suara 'besar') yang dikurniakan ini apabila Antoo Fighter: Amukan Drakulat berjayamemperkenalkan saya kepada dunia lakonan," kata Scha yang menanti kemunculan filem pertamanya itu 27 November ini.

Menyusul selepas itu ialah filem Histeria. Filem yang turut menampilkan Scha sebagai watak utama itu bakal menjengah pawagammulai 18 Disember ini. Filem arahan Afdlin Shauki, Papadom pula bakalmenemui peminat di layar perak sedikit masa lagi.

Scha juga dijadual membintangi filem terbarunya, Ransan.

Bertitik tolak daripada Antoo Fighter: Amukan Drakulat, pengarah sama turutmenawarkan Scha watak utama menerusi drama bersiri 13 episod, Awan Dania yang kini disiarkan setiap Isnin, jam 9.05malamdi Astro Ria. Awan Dania turutmembariskan pelakon popular lain seperti Nasha Aziz, Irma Hasmie, Hans Isaac dan Remy Ishak, selain mendapat kerjasama sepenuhnya dari AirAsia.

Pemilihan Scha memang bertepatan kerana sebelum bergelar anak seni, pernah bergelar pramugari AirAsia pada sesi penerbangan 2003/2004.

Tak kisah dipanggil suara pondan

"Sekali lagi Azizi memilih saya dalam Awan Dania kerana karektor 'boyish'.

Nampaknya keunikan pada suara saya membuka banyak peluang. Pun begitu, kerana suara yang 'besar' juga, saya kadang kalamakan hati. Mana tidaknya, ada rakan yang sering ketawa dan mengejek suara saya macam pondan, macam bapok! Sekali ketawa, ya Allah suara macam jantan!

"Tak nak selalu sangat rasa diri diperkecilkan, saya anggap kata-kata mereka sekadar gurauan. Orang kata, dengan suara pondan ini jugalah saya dapat cari makan dalam bidang seni.

Tapi, saya tidak bermaksud untuk menghina golongan (pondan) itu. Mereka tetap ada keistimewaan tersendiri.

Bersama suara 'besar' saya, sekali gus memberi kelainan berbanding suara artis wanita lain.

"Orang nak kata suara pondan ke, macambapok ke, suka hatilah. Yang penting, saya tahu diri saya macam mana. Naluri saya tetap pada seorang lelaki!," tegasnya lagi.

Bercakap mengenai lelaki, aktor kacak dan pengacara Sehati Berdansa musimkedua (SB2), Fahrin Ahmad kini dilihat seringmendampingi Scha. Dalam kebanyakan majlis hiburan, kelibat Scha dan Fahrin pasti kelihatan. Ada yang mendakwa, kehadiran Scha boleh dianggap sebagai pengubat duka Fahrin yang baru saja putus cinta 'teman tapi mesra' bersama pelakon, pengacara dan penyampai popular radio Era, Linda Onn.

Akui serasi bersama Fahrin

"Sebenarnya sebelum bertemu saya, Fahrin sudah ceria. Bagi saya, Fahrin seorang lelaki yang mampu menceriakan hidupnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga seorang yang kuat dan tabah berdepan dengan dugaan.

"Lagipun, kemunculan saya dalam hidup Fahrin secara kebetulan saja apabila kami sama-sama berlakon drama LemasDalamCinta. Kami sebagai pasa ngan kekasih. Saya dan Fahrin sama sekali tak menyangka, kami masih berkawan dan berhubung hingga hari ini.

"Nak kata berkawan rapat tu rasanya belumlagi kerana sampai hari ini tak pernah wujud perasaan cemburu antara kami, kami bebas berkawan dengan sesiapa saja. Tapi, tak dinafikan, dalam persahabatan antara saya dengan Fahrin, wujud keserasian antara kami yang membolehkan kami mengenali hati budi secara lebih dekat lagi.

"Pun begitu, berilah kami sedikit ruang waktu untukmenjalin persahabatan yang lebih akrab. Kami sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia berdepan dengan kenyataan. Justeru, dengan kata-kata itu, saya harap orang di luar sana lebih tepat mentafsir persahabatan antara saya dan Fahrin, bagaimana perhubungan kami sebenarnya.

"Saya serahkan soal jodoh pertemuan ini kepada Tuhan. Sesiapa pun jodoh saya, saya reda. Paling penting, lelaki itu jujur, menyayangi dan menerima diri saya seadanya," kata Scha yang masih sibuk dengan penggambaran Awan Dania di Akademi AirAsia, Sepang, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan