Khamis, 26 Mac 2009

Beri peluang pada Scha

ARKIB : 25/03/2009

SCHA


PAPA memang cukup bangga apabila melihat kebangkitan pelakon-pelakon muda masa kini yang pandai mengambil peluang untuk mengembangkan bakat mereka.

Baguslah juga setidak-tidaknya, ia mampu mempelbagaikan lagi bakat yang ada dalam diri masing-masing. Mana yang kerjaya asalnya penyanyi, sekarang ini sudah menjadi pelakon mahupun pengacara.

Yang mana bermula dengan berlakon pula sudah beralih menjadi penyanyi. Dan antara artis muda yang meningkat naik sekarang dan menjadi perhatian ialah Scha. Bukan kerana gosip cintanya dengan Fahrin Ahmad tetapi dia semakin popular kerana bakat.

Selain berlakon, Scha juga kini menjadi seorang pengacara untuk program Sehati Sejiwa yang bersiaran di TV1 pada setiap hari Rabu.

Apa yang Papa nak ulas di sini ialah respons daripada salah seorang peminat rancangan itu yang sangat gemar dengan pendekatan program bual bicara terbitan RTM yang disifatkannya cukup berbeza.

Namun, kata peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Payung, momentumnya menurun untuk menonton rancangan itu disebabkan Scha yang disifatkannya tidak begitu sesuai mengacarakan program sebegitu.

“Mana tidaknya. program itu berkenaan artis yang sudah berkahwin. Dia orang ambil pengacara yang masih lagi bujang dan pastinya kurang arif mengenai alam perkahwinan.

“Saya tengok Scha tanya soalan pun yang boleh membantutkan artis jemputan untuk menjawabnya,” kata Siti panjang lebar.

Papa pun pernah menonton salah satu episod rancangan itu dan memang benar, Scha agak kekok mengendalikan rancangan itu.

Sebenarnya, untuk menyalahkan Scha juga tidak adil kerana itu adalah peluang pertamanya sebagai pengacara.

Pada Papa, Scha harus diberi peluang dan sedikit masa untuk memperbaiki kelemahannya.

Papa juga percaya RTM ada sebab kenapa memberi peluang kepada artis baru seperti Scha. Mungkin RTM mahu menjadi stesen yang sentiasa membuka peluang kepada anak seni melebarkan kerjaya seni mereka.

Kepada Scha, jadikan kritikan ini sebagai cabaran untuk menempuh kerjaya seninya. Jangan muda melatah okey!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan