Ahad, 5 Julai 2009

Scha obses makan ayam



LANGKAH Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 26, atau mesra disapa Scha dalam dunia hiburan semakin laju. Mula dikenali menerusi watak Dania dalam drama bersiri Awan Dania, dia yang petah berbicara kini mendaki kariernya sebagai pengacara dan pelakon serentak.

Memberitahu Julai ini jadual kerjanya masih padat, kata ‘gadis Fahrin Ahmad’ ini, dia sibuk menjalani penggambaran filem Libas arahan Jurey Latif, bertarung karakter dengan Rosyam Nor.

Dalam masa yang sama, dia sibuk mempromosi saluran Mustika milik Astro yang baru memulakan pakej terbaru mereka.

Ditanya tentang pengundurannya daripada mengendalikan program Sehati Sejiwa terbitan RTM, kata Scha ia bukan kerana perselisihan faham.

“Tapi selepas dua musim, saya yang minta undur diri kerana tidak mahu membebankan mereka dengan komitmen saya,” kata Scha.


Sumber : Kosmo Online © 5 Julai 2009

Isnin, 6 April 2009

Scha bangga kerana Bella

Arkib Berita: 9 Apr 2008
Ramlah Zainal

PERJALANAN karier seninya baru bermula. Namun Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, 24, atau mahu dikenali sebagai Scha Al-Yahya kini menjadi buruan pengarah dan produser drama serta filem.

Tawaran berlakon terus mencurah buat pemenang Dewi Remaja 2005/06 ini.Gelaran yang diraihnya itu juga turut menjadi �batu loncatan� buat bekas pramugari AirAsia ini mencari tapak dalam bidang lakonan.

Scha yang juga anak saudara penyanyi dan penerbit program televisyen, Datin Sharifah Sheril Aida Syed Kechik sudah pun menyiapkan dirinya dari aspek mental dan fizikal sejak awal lagi.

Tidak cukup dengan itu, semangat dan kata-kata perangsang daripada keluarga menjadi kekuatan untuk gadis berdarah kacukan Melayu-Arab-Cina ini terus meneroka cabang seni yang semakin diminatinya.

Katanya, pada peringkat awal dia sendiri memang tidak tahu ada bakat berlakon atau tidak. Namun berkat dorongan ibu yang mahu dia mencuba berlakon, Scha memberanikan dirinya.

�Bukan mudah untuk saya bersetuju mencuba sebaliknya keputusan itu dibuat selepas berfikir masak-masak. Tawaran pertama saya terima untuk berlakon drama Honeyz dari produser Mariana Hashim dua tahun lalu.

�Saya juga terima tawaran Mariana kerana menganggap ia rezeki yang datang ketika itu,� katanya.

Ternyata langkah pertamanya itu tidak membuahkan hasil membanggakan apabila lakonan sulungnya itu tidak dapat disaksikan hingga kini.

Walaupun begitu, ternyata ia bukan penamat peluang untuknya. Scha dilamar pula Aziz Chunk Adnan untuk beraksi dalam filem aksi komedi, Antoo Fighter terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB).

Kali ini Scha diberi kepercayaan melakonkan watak utama sebagai anggota kumpulan pemburu jembalang, Antoo Fighter bergandingan dengan Poji (Radhi OAG), Tasha (Alin), Rambo (Bronze) dan Opie (Bell). Tidak ketinggalan, pelakon terkenal seperti Awie dan Harun Salim Bachik.

Dalam filem aksi komedi ini, Scha memegang watak Lara Lenjan, gadis punk yang agresif dan bekerja sebagai pemandu teksi. Tapi filem ini juga belum dapat disaksikan penonton untuk melihat kemampuannya berlakon.

Scha mengakui seronok sepanjang 45 hari di lokasi penggambaran Antoo Fighter dan tidak sabar menanti reaksi penonton apabila ia ditayangkan di pawagam Disember nanti.

Walaupun begitu, tawaran untuknya terus ada. Selepas Antoo Fighter, Scha berlakon pula filem Histeria arahan James Lee. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu bakal ditayangkan Ogos nanti.

Kali ini gadis tinggi lampai kelahiran Sungai Petani, Kedah ini membawa watak pelajar sekolah bernama Alisa. Ia turut dibintangi Liyana Jasmay, Vanidah Imran dan Ady Putra.

Scha juga berpeluang bekerja dengan pelakon dan pengarah Afdlin Shauki dalam filem Papadom juga terbitan Tayangan Unggul dan menjalani penggambaran tahun lalu. Ia dijangka ditayangkan Oktober nanti. Selain Afdlin, ia turut dibintangi Norkhiriah, Farid Kamil dan Liyana Jasmay.

Semua filem yang dibintangi itu belum dapat disaksikan penonton. Bagaimanapun lakonannya dapat disaksikan di televisyen setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang menerusi slot Akasia di TV3. Drama 60 episod arahan Adam Hamid itu kini rancak menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

Scha yang ditemui di lokasi Bella di Glory Beach Resort, Port Dickson, baru-baru ini berkata, dia bangga lakonannya kini dapat dilihat menerusi Bella. Sebelum ini ada juga lakonannya disiarkan di televisyen tetapi hanya watak kecil.

�Dalam Bella saya bukan memegang watak utama tapi hanya pembantu peribadi kepada Bella bernama Sofia.Tapi saya bangga berpeluang bekerja dengan pelakon berpengalaman seperti Ako Mustafa dan Elly Mazlein.

�Saya juga bangga kerana semua watak yang saya lakonkan dalam drama atau filem adalah berlainan dan memberi cabaran tersendiri,� katanya.

Scha mengakui dirinya masih cetek dalam bidang lakonan dan masih banyak yang perlu dibaiki. Apapun, katanya, dia beruntung kerana dengan nama yang belum kukuh, ramai pengarah dan produser tetap memberi kepercayaan kepadanya beraksi dalam filem serta drama mereka.

Watak yang ditawarkan pula bukan calang-calang sebaliknya watak utama. Pada masa sama, Scha mengakui tidak terkilan apabila ada orang membandingkannya dengan pemenang Dewi Remaja 2002/03, Annahita Bakavoli yang sudahpun mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara.

�Saya juga tidak kecewa atau putus asa bila orang kata nama saya tidak menyerlah seperti Annahita. Tapi selepas menang Dewi Remaja, saya sibuk di lokasi penggambaran drama dan filem.

�Mungkin belum masanya untuk saya mengecap populariti daripada lakonan kerana filem yang dijayakan belum ditayangkan. Orang ramai belum dapat menilai kemampuan sebenar saya dalam bidang lakonan,� katanya.

Dalam pada itu, tawaran untuk iklan komersial juga banyak diterima Scha. Tambahan pula Scha bermula dengan iklan dan ia sudah sebati dengan dirinya. Antara yang menampilkan wajahnya ialah iklan Streamyx, Oral B, Watson, Nokia, Ikea dan banyak lagi.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir

TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983

STATUS: Bujang

ASAL: Sungai Petani, Kedah

ADIK BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik

AKADEMIK: Diploma Teknologi Maklumat, Kolej PTPL

PROFESSION: Model iklan dan pelakon

DRAMA: Impian Illyana, Honeyz, Bella

FILEM: Antoo Fighter, Histeria, Papadom

IKLAN: Hotlink, Olay, Pantene, Power Root, Streamyx, Oral B, Watson, Nokia dan Ikea.

Scha diejek miliki 'suara jantan'






SELAMBA! Itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan karektor sebenar empunya diri Sharifah Norazean atau lebih senang disapa de ngan nama glamornya, Scha.

Penampilan 'tak control cun' memperlihatkan dirinya yang sebenar dan tidak keterlaluan mengatakan dia memang jujur apabila berlakon. Keunikan dimiliki anak saudara kepada Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini tentu pada suaranya yang 'besar' dan kasar, jauh berbeza dengan wajah comelnya.

Disebabkan karakter Scha kelihatan seperti 'boyish', tuah menyebelahi dirinya. Justeru, penampilan pertamanya di layar perakmenerusi Antoo Fighter: Amukan Drakulat mendapat perhatian pengarah filemitu, Azizi Chunk Adnan.

Meskipun dia memiliki suara garau seperti lelaki tetapi pelakon cantik ini tidak mahu dirinya dianggap sebagai pengkid, malah sifatnya bukan seperti lelaki sama ada dari segi fizikal mahupun naluri.

"Sebelummengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter 'boyish' dan suara yang 'besar' ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya 'boyish' kerana suara yang 'besar', tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminin sepenuhnya dan 'straight'!

"Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kelebihan (suara 'besar') yang dikurniakan ini apabila Antoo Fighter: Amukan Drakulat berjayamemperkenalkan saya kepada dunia lakonan," kata Scha yang menanti kemunculan filem pertamanya itu 27 November ini.

Menyusul selepas itu ialah filem Histeria. Filem yang turut menampilkan Scha sebagai watak utama itu bakal menjengah pawagammulai 18 Disember ini. Filem arahan Afdlin Shauki, Papadom pula bakalmenemui peminat di layar perak sedikit masa lagi.

Scha juga dijadual membintangi filem terbarunya, Ransan.

Bertitik tolak daripada Antoo Fighter: Amukan Drakulat, pengarah sama turutmenawarkan Scha watak utama menerusi drama bersiri 13 episod, Awan Dania yang kini disiarkan setiap Isnin, jam 9.05malamdi Astro Ria. Awan Dania turutmembariskan pelakon popular lain seperti Nasha Aziz, Irma Hasmie, Hans Isaac dan Remy Ishak, selain mendapat kerjasama sepenuhnya dari AirAsia.

Pemilihan Scha memang bertepatan kerana sebelum bergelar anak seni, pernah bergelar pramugari AirAsia pada sesi penerbangan 2003/2004.

Tak kisah dipanggil suara pondan

"Sekali lagi Azizi memilih saya dalam Awan Dania kerana karektor 'boyish'.

Nampaknya keunikan pada suara saya membuka banyak peluang. Pun begitu, kerana suara yang 'besar' juga, saya kadang kalamakan hati. Mana tidaknya, ada rakan yang sering ketawa dan mengejek suara saya macam pondan, macam bapok! Sekali ketawa, ya Allah suara macam jantan!

"Tak nak selalu sangat rasa diri diperkecilkan, saya anggap kata-kata mereka sekadar gurauan. Orang kata, dengan suara pondan ini jugalah saya dapat cari makan dalam bidang seni.

Tapi, saya tidak bermaksud untuk menghina golongan (pondan) itu. Mereka tetap ada keistimewaan tersendiri.

Bersama suara 'besar' saya, sekali gus memberi kelainan berbanding suara artis wanita lain.

"Orang nak kata suara pondan ke, macambapok ke, suka hatilah. Yang penting, saya tahu diri saya macam mana. Naluri saya tetap pada seorang lelaki!," tegasnya lagi.

Bercakap mengenai lelaki, aktor kacak dan pengacara Sehati Berdansa musimkedua (SB2), Fahrin Ahmad kini dilihat seringmendampingi Scha. Dalam kebanyakan majlis hiburan, kelibat Scha dan Fahrin pasti kelihatan. Ada yang mendakwa, kehadiran Scha boleh dianggap sebagai pengubat duka Fahrin yang baru saja putus cinta 'teman tapi mesra' bersama pelakon, pengacara dan penyampai popular radio Era, Linda Onn.

Akui serasi bersama Fahrin

"Sebenarnya sebelum bertemu saya, Fahrin sudah ceria. Bagi saya, Fahrin seorang lelaki yang mampu menceriakan hidupnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga seorang yang kuat dan tabah berdepan dengan dugaan.

"Lagipun, kemunculan saya dalam hidup Fahrin secara kebetulan saja apabila kami sama-sama berlakon drama LemasDalamCinta. Kami sebagai pasa ngan kekasih. Saya dan Fahrin sama sekali tak menyangka, kami masih berkawan dan berhubung hingga hari ini.

"Nak kata berkawan rapat tu rasanya belumlagi kerana sampai hari ini tak pernah wujud perasaan cemburu antara kami, kami bebas berkawan dengan sesiapa saja. Tapi, tak dinafikan, dalam persahabatan antara saya dengan Fahrin, wujud keserasian antara kami yang membolehkan kami mengenali hati budi secara lebih dekat lagi.

"Pun begitu, berilah kami sedikit ruang waktu untukmenjalin persahabatan yang lebih akrab. Kami sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia berdepan dengan kenyataan. Justeru, dengan kata-kata itu, saya harap orang di luar sana lebih tepat mentafsir persahabatan antara saya dan Fahrin, bagaimana perhubungan kami sebenarnya.

"Saya serahkan soal jodoh pertemuan ini kepada Tuhan. Sesiapa pun jodoh saya, saya reda. Paling penting, lelaki itu jujur, menyayangi dan menerima diri saya seadanya," kata Scha yang masih sibuk dengan penggambaran Awan Dania di Akademi AirAsia, Sepang, Selangor.

Fahrin, Scha bertunang ?

Oleh Zubir Mohd Yunus

ZUBIR menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Hasnah. Dia memaklumkan, aktor kacak, Fahrin Ahmad bakal bertunang dengan aktres remaja, Scha!

“Kakak happy tengok Fahrin dan Scha berkawan. Dia orang telus, tak cover line. Bukan macam Fahrin dengan Linda dulu, banyak plastik! Zubir, daripada sumber yang boleh dipercayai, kakak dapat tahu, selepas final Sehati Berdansa musim kedua ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan, Fahrin ada planning melamar Scha, dia orang nak bertunang,” kata Hasnah dengan penuh keyakinan.

Bagi Zubir, sekiranya benar dakwaan Kak Hasnah, Zubir memang respect dengan Fahrin. Dia pernah memberitahu Zubir, kali ini kalau berkasih dia tidak mahu lagi masuk kategori ‘teman tapi mesra’. Zubir sempat menghubungi Fahrin untuk mendapatkan kesahihan cerita Kak Hasnah.

“Aduh, mana ada, saya belum pernah terfikir sampai ke tahap itu (bertunang). Tapi, saya akui sekarang saya serius dengan Scha dan tidak mempermain-mainkan perasaan. Perhubungan yang serius ini ada tujuan, itu saja yang boleh saya katakan,” akui FahriN.

ZUBIR: Betul ke Din Beramboi dan Aznil Nawawi akan ambil alih Pagi@Era menjelang 2009?

'Fahrin masih lagi kawan'

ARKIB : 18/01/2009

Scha


Nama Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya kini semakin dikenali. Wajah manis milik anak gadis dari Kedah ini semakin dapat tumpuan.

Selain berlakon filem dan drama, Scha, 26, kini mula mendapat perhatian apabila diberi kepercayaan mengacara program bual bicara secara langsung, Sehati Sejiwa di TV1.

Artis cantik di Malaysia ini tak sah kalau tak terpalit gosip. Ibarat satu asam garam pula tempias gosip kepada artis cantik di negara ini.

Scha digosip sedang menjalin cinta dengan pelakon Fahrin Ahmad. Terbaru ada pula imej Scha bersama kawan perempuan dan seorang lelaki yang aksinya nampak mesra.

Lelaki yang bekerja sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu dikatakan kekasih Scha. Benarkah begitu?

Scha sedia menjelaskan perkara itu kepada Pancaindera melalui wartawan ROSLI MANAH. Ikuti pengakuan Scha kepada Pancaindera.

Siapa lelaki dalam gambar yang tersebar di Internet itu?

Itu gambar Scha bersama kawan-kawan. Ya! Scha akui gambar yang diperkatakan itu memang gambar Scha dengan kawan-kawan. Lelaki itu bukan kekasih Scha. Dia kawan Scha sahaja. Benar dia seorang juruterbang.

Bila gambar itu dirakam?

Itu gambar lama... dan kalau gambar baru pun tak ada masalahnya bagi Scha, dia hanya kawan Scha. Scha pun tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar. Agaknya ada orang yang sengaja nak menghangatkan Scha. Bagi Scha benda itu tak ada apa-apa pun dan ia bukanlah gambar dalam kelab. Ia gambar semasa kami keluar makan-makan. Scha tak faham macam mana orang boleh buat tanggapan lelaki itu kekasih Scha, asal tengok gambar sahaja, terus buat tanggapan sebagai pasangan kekasih.

Rasa tercemar dengan gosip?

Semasa mula-mula buat keputusan untuk jadi artis, Scha dah sedia maklum pasal benda-benda ni. Kata orang kalau takut digosip jangan jadi artis, jadi Scha sudah bersedia menerimanya.

Gosip ada kebaikannya bukan?

Bagi Scha ia ada pro dan kontranya. Ada yang lebih ingat Scha apabila ada gosip pasal Scha dengan Fahrin, ada yang membuat pengenalan diri Scha sebagai Scha Fahrin. Ia membantu juga orang ingatkan nama Scha, tapi kalau gosip yang keterlaluan boleh mendatangkan keburukan.

Bagaimana hubungan dengan Fahrin?

Scha dah banyak kali bercakap pasal hubungan Scha dengan Fahrin. Scha tak mahu melukakan hati mana-mana pihak dengan kenyataan Scha. Lagipun Scha takut kalau kenyataan Scha bercanggah pula apabila asyik bercakap pasal perkara itu. Scha masih berkawan dengan Fahrin. Sekarang kira masih dalam peringkat mengenali hati budilah. Kami rapat sebab berlakon bersama dan Fahrin banyak membantu Scha yang masih baru ini.

Scha dah nak masuk usia 26 tahun. Kira dah sesuai untuk kahwin tu?

Scha mahu cari duit dulu, kalau kahwin sekarang kesianlah keluarga Scha di kampung. Tak sempat Scha nak bantu. Scha mahu kerja dululah sebelum fikir ke arah itu.

Apa aktiviti terbaru Scha?

Sekarang Scha jadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa di TV1. Ini pengalaman baru Scha dan Scha tak mahu sia-siakan peluang ini. Scha akui Scha seorang yang pendiam sebenarnya, jadi apabila jadi pengacara, Scha kena banyak belajar. Scha ada juga tonton program yang menampilkan pengacara lain untuk membolehkan Scha belajar.

Sekarang Scha tumpukan perhatian kepada program ini kerana Scha mahu menampilkan kemampuan Scha.

Ada minta bantuan Fahrin?

Memang Scha minta pertolongan Fahrin sebab dia sudah banyak pengalaman menjadi pengacara. Untuk episod pertama, Scha memang banyak bertanya Fahrin dan meminta tunjuk ajarnya.

Banyakkah kutip pengalaman artis lain berumahtangga daripada program itu?

Memang Scha banyak belajar daripada pengalaman artis lain yang sudah lalui hidup berumahtangga dan Scha boleh jadikan ilmu apabila Scha sendiri ke alam berumahtangga.

Khamis, 26 Mac 2009

Beri peluang pada Scha

ARKIB : 25/03/2009

SCHA


PAPA memang cukup bangga apabila melihat kebangkitan pelakon-pelakon muda masa kini yang pandai mengambil peluang untuk mengembangkan bakat mereka.

Baguslah juga setidak-tidaknya, ia mampu mempelbagaikan lagi bakat yang ada dalam diri masing-masing. Mana yang kerjaya asalnya penyanyi, sekarang ini sudah menjadi pelakon mahupun pengacara.

Yang mana bermula dengan berlakon pula sudah beralih menjadi penyanyi. Dan antara artis muda yang meningkat naik sekarang dan menjadi perhatian ialah Scha. Bukan kerana gosip cintanya dengan Fahrin Ahmad tetapi dia semakin popular kerana bakat.

Selain berlakon, Scha juga kini menjadi seorang pengacara untuk program Sehati Sejiwa yang bersiaran di TV1 pada setiap hari Rabu.

Apa yang Papa nak ulas di sini ialah respons daripada salah seorang peminat rancangan itu yang sangat gemar dengan pendekatan program bual bicara terbitan RTM yang disifatkannya cukup berbeza.

Namun, kata peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Siti Payung, momentumnya menurun untuk menonton rancangan itu disebabkan Scha yang disifatkannya tidak begitu sesuai mengacarakan program sebegitu.

“Mana tidaknya. program itu berkenaan artis yang sudah berkahwin. Dia orang ambil pengacara yang masih lagi bujang dan pastinya kurang arif mengenai alam perkahwinan.

“Saya tengok Scha tanya soalan pun yang boleh membantutkan artis jemputan untuk menjawabnya,” kata Siti panjang lebar.

Papa pun pernah menonton salah satu episod rancangan itu dan memang benar, Scha agak kekok mengendalikan rancangan itu.

Sebenarnya, untuk menyalahkan Scha juga tidak adil kerana itu adalah peluang pertamanya sebagai pengacara.

Pada Papa, Scha harus diberi peluang dan sedikit masa untuk memperbaiki kelemahannya.

Papa juga percaya RTM ada sebab kenapa memberi peluang kepada artis baru seperti Scha. Mungkin RTM mahu menjadi stesen yang sentiasa membuka peluang kepada anak seni melebarkan kerjaya seni mereka.

Kepada Scha, jadikan kritikan ini sebagai cabaran untuk menempuh kerjaya seninya. Jangan muda melatah okey!

Jangan main-main dengan SCHA

ARKIB : 01/03/2009



DUA tahun lalu ketika meninggalkan kerjaya sebagai Pramugari dengan AirAsia Berhad, tidak siapa pun mengenali siapa Scha. Tetapi hari ini nama beliau semakin menjadi sebutan tatkala kisah percintaannya dengan aktor Fahrin Ahmad, 30, menjadi topik perbualan.

Ditambah pula ia terjalin ketika aktor itu menghadapi krisis cinta dengan penyampai radio Linda Onn. Semasa mengadakan sesi fotografi dengan Scha minggu lalu, gadis ini banyak bercerita tentang perancangan hidupnya dalam dunia seni.

Malah dia juga bersyukur, dalam tempoh penglibatannya itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir sudah mendapat peluang berlakon empat buah filem.

Terbaru dia turut diberi peranan sebagai pelakon pembantu dalam Evolusi KL Drift 2 yang sedang dalam penggambaran.

Lebih dari itu, Scha juga mendapat peluang untuk menjadi pengacara rancangan Sehati Sejiwa terbitan RTM.

Sebagai bakat baru, saya melihat peluang yang diperolehi gadis ini terbuka luas. Bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dia berjaya merebut pelbagai peluang itu dengan pantas sekali.

Sebenarnya tak semua orang berpeluang mendapat ruang seperti itu jika baru dua tahun terlibat dalam dunia seni.

Ketika saya sedang menaip cerita ini, Scha menghantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta tajuk muka depan ini tidak mengaitkannya dengan Fahrin.

Bukan enggan berkongsi kisahnya itu tetapi akui gadis ini dia mendapat respons daripada orang ramai yang mula muak membaca kisah-kisah hubungan mereka itu.

“Kalau boleh jangan buat tajuk mengenai saya dan Fahrin. Orang dah bosan dah bang,” pintanya.

Betul juga. Kalau benda yang serupa disajikan kepada pembaca, tentu saja ada yang akan “muntah”.

Tetapi mahu atau tidak pada hari ini apabila kisah mereka itu sering menjadi bualan, tentulah ramai yang nak tahu apa yang berlaku seterusnya.

Saya menyelami perasaan Scha, gadis berusia 26 tahun ini mengenai kisah cintanya. Dan daripada apa yang diceritakannya, saya dapat membuat kesimpulan bahawa perasaannya terhadap Fahrin masih sukar untuk diramalkan.

Bukan berkata mereka tidak ada perasaan tetapi hubungan itu masih lagi baru.

Apabila saya bertanya sejauhmanakah kasihnya dia terhadap aktor tersebut, Scha meminta peminat tidak terlalu berharap? Kenapa? Baca pengakuan Scha seterusnya.

Perhubungan ikhlas

Apabila ada “angin” mengaitkan percintaan Scha dan Fahrin, timbul pula cakap-cakap orang kononnya Scha mahu menjadikan Fahrin sebagai tempat untuk meraih populariti. Ia sama macam apa yang orang cakap mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dengan pelakon baru Zulkifli Ariffin.

Zul dikatakan berjaya mengambil kesempatan terhadap krisis rumah tangga pelakon wanita itu untuk menaikkan kerjayanya. Itu cakap orang!

Dan begitu juga dengan Scha yang dikatakan memasang strategi yang sama apabila dia cuba “masuk jarum” untuk menarik perhatian Fahrin menghadapi kehancuran cintanya dengan penyampai radio Linda Onn.

Mendengar persoalan itu dia terus tersenyum dan menafikan tanggapan tersebut.

Malah dalam hubungan persahabatan dengan Fahrin itu tak ada apa-apa tujuan lain sebaliknya ia merupakan sebuah hubungan yang ikhlas.

“Tak pasang strategi apa-apalah. Kalau ada strategi nanti jadi apa-apa perkara yang tak diduga lagi bahaya,” katanya.

Cuma kata Scha, jangan terlalu menaruh harapan tinggi dia akan berkahwin dengan Fahrin kerana pada masa ini hubungan mereka itu masih terlalu awal untuk dinilai.

Dan yang lebih mustahaknya ujar Shca, dia tak mahu peminat mereka tertunggu-tunggu jodoh itu kerana jika ia tidak menjadi kenyataan, semua pihak akan hampa.

Bukan bermaksud hubungannya dengan pelakon itu sudah hancur berkecai tetapi kadang-kala Shca merasakan harapan peminat di luar sana melebihi perasaan hatinya sendiri.

Gadis ini mengakui dia sendiri takut dengan harapan menggunung yang seolah-olah mahu melihat hubungan mereka itu berkahir di jenjang pelamin.

“Kami senang berkawan tetapi buat masa ini bibit-bibit cinta itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Scha bimbang kalau putus ke, tak jadi ke, siapa yang susah?” katanya yang tidak menafikan begitu menyenangi Fahrin buat masa ini.

Cuma yang boleh dijelaskan oleh Scha dia masih dalam tempoh untuk mengenali hati lelaki itu kerana hubungan mereka masih terlalu awal iaitu baru lima bulan berkenalan.

MUDAH MEMBENCI LELAKI

Menitikberatkan kejujuran dan kasih sayang, itulah falsafah utama gadis yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.

Menurut Scha suatu ketika dulu semasa bekerja sebagai pramugari dia pernah berkawan dengan seseorang tetapi hubungan mereka itu putus kerana tiada keserasian.

Berpengalaman menjalinkan cinta itu, Shca mengakui dia kadang-kala naik bosan dan pening kepala dengan lelaki.

Bukannya apa cuma Scha amat membenci jika seseorang lelaki itu suka mengongkong hidup serta sering ada perasaan curiga.

Selain itu dia juga membenci lelaki yang tinggi egonya selain suka mengikis.

“Scha cuba mengelak kalau berhadapan dengan lelaki yang macam itu. Maaflah,” ujarnya.

Berbeza seperti wanita lain, percaya atau tidak Scha merupakan seorang yang panas baran.

Tanpa mahu berselidung, Scha mengaku dia pernah “naik tangan” apabila merasakan dirinya dipermain atau dipersendakan.

Malahan jika ada sesiapa yang mahu mendekatinya, janganlah sesekali cuba untuk mengambil kesempatan kerana tidak mustahil dia akan bertindak diluar jangkaan.

Daripada apa yang dijelaskan itu, ternyata Scha bukan gadis yang sembarangan. Jangan main-main.

Nampak sahaja kecil tetapi dia mempunyai semangat dan pendirian yang kuat.

“Scha pernah mengamuk apabila ada orang yang cakap bukan-bukan dibelakang. Ini sifat Scha yang tak boleh nak buang iaitu cepat panas baran.

“Jangan main-main ya! Scha jenis orang yang tegas dalam satu-satu perkara,” katanya.

INGAT TIGA PERKARA

Bersyukur memiliki seorang ibu yang memahami, kata Scha keluarganya kadang-kala kurang selesa apabila terlalu banyak kisah peribadi dibongkarkan.

Tetapi Scha faham, apabila menjadi artis, tidak ada perkara yang boleh dianggap rahsia. Ia adalah lumrah yang harus dibayar apabila bergelar artis.

Yang paling utama kata Scha dia tak akan lupa pesan ibunya, Junainah Hashim, 48, mengenai tiga perkara.

Pertama jangan sesekali kahwin lari, mengganggu rumah tangga orang dan berkahwin lelaki tua.

Tiga perkara itu menjadi pegangan Scha agar perjalanan seninya lebih diberkati sekiranya menuruti nasihat seorang ibu itu.

“HIDUNG KEMBANG? BIARLAH!”

Semasa berborak mengenai trend artis-artis sekarang yang gemar melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan lebih cantik, Scha berkata dia sebenarnya bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya selama ini.

Sebaliknya kalau ada tawaran untuk membuat pembedahan wajah ataupun melakukan suntikan kecantikan, Scha tidak akan sesekali akan terpengaruh.

Malah ada juga orang yang mempersendakan beliau dengan berkata hidungnya kembang.

Kerana itu dia diajak untuk melakukan pembedahan bagi membuang “kecacatan” itu.

Tidak malu mengakui kekurangan itu, gadis ini sedikit pun tidak terasa hati dengan kritikan sebegitu yang dilemparkan.

“Biarlah orang nak kata hidung saya ni kembang pun. Saya tak kisah. Kalau nak bedah memang bukan kerja saja,” terangnya.

Walaupun begitu Scha amat bersyukur rezekinya agak murah walaupun ada pihak yang melemparkan kata-kata tersebut.